Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Monday, January 28, 2013

Sanah Helwah 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah....
syukur ke hadrat Ilahi..
kerana telah memanjangkan umur saya...
dan alhamdulillah..
hari nie telah meningkat umur saya setahun lagi...

jika ikut kelender Masihi mmg 28hb Januari.,..
tapi jika boleh saya akan ingt selalu tarikh lahir ikut kelender Hijrah
ialah 12 REJAB 1411 bersamaan hari Isnin....

dan Subhanallah...hari tersebut sama dengan hari ini
iaitu hari Isnin....
semua itu kuasa ALLAH...
Subhanallah..

terima kasih pada sahabat Fb saya yg sudi mengucapkan selamat
serta mendoakan saya...

semoga kalian semua 
sentiasa dalam lindungan ALLAH selalu..

ucapan terbaek sebenarnya untuk diri saya ialah 


sebab semakin meningkat nya umur
makin dekat kita menuju kematian..
semakin dekat kita nak berjumpa ALLAH...

terima kasih juga wat Ibu yang tersayang...
kerana sudi melahirkan ku kedunia ini...
aku tahu kenapa aku dilahirkan...
dan semua orang pun patut tahu kenapa mereka dilahirkan...
tepuk dada, tanya Iman....

dan jutaan terima kasih pada Ayah yang tersayang...
sudi mendidik ku sehingga kini...
tidak jemu untuk menegur anak2 nya
demi kebaikan bersama...

"Ya ALLAH...semoga ibu dan ayah ku sentiasa dalam
rahmat-Mu...
Rahmatilah mereka, sayangilah mereka
seperti mana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil..
tempatlah mereka digolongan orang2 yang Engkau sayangi..."



......................................................................................................

"Ya ALLAH, semoga penambahan umurku,
semakin bertambah amalku kepada-Mu...
semoga aku menjadi anak yang solehah
untuk kedua ibu bapaku...
semoga aku juga menjadi isteri solehah wat suatu hari nnti yang 
telah Engkau tetapkan...
berikan hidayah-Mu kepada diriku serta sahabat2 ku...
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa
di alam semesta ini...
Tiada Tuhan Selain Engkau & Nabi Muhammad itu PesuruhMu.."

aamiin



Friday, January 25, 2013

Maulidur Rasul 1434H

Assalamualaikum..

pada 24hb ! hari 
bersamaan 12 Rabiul 'Awal
bersamaan juga dengan Maulidur Rasul...
iaitu kelahiran Rasulullah s.a.w.
dan kesepakatan ulama' juga mengatakan tarikh tersebut juga
hari kewafatan Baginda...



Rasulullah saw adalah 
rasul yang dipilih oleh ALLAH untuk ummat akhir zaman..
kerana selepas Baginda tiada sudah Nabi yang akan dilantik...

sayu hati bila terdengar puisi yang di alunkan 
oleh adik Munir di tV alhijrah dalam slot DikirZikir...
mencerita kan tentang kewafakatan Baginda saw..

paling sayu ialah dimana, 
Rasulullah saw masih risaukan tentang ummatnya
ketika Baginda sedang nazak..
 masih lago menyebut nama umat2 nya...
menandakan bahawa Baginda masih risau tentang ummatnya
disaat nyawa dihujung helaan...
tapi bagaimana pula dengan aku???

Baginda saw juga memberitahu kepada Saidina Abu Bakar,
bahawa betapa sakitnya sakaratul maut...
sehingga malaikat Jibril memalingkan mukanya dari memandang Baginda saw..
kerana tidak sanggup melihat Kekasih ALlAH 
dalam kesakitan....
subhanallah...

tapi bagaimana pulak aku??

astagfirullahal 'azim 3x

.......................................................................................

p/s : utk diri saya...
sentiasa lah memohon ampun kepada ALLAH...

banyak kan juga selawat keatas 
baginda, Rasulullah saw...

sekali kita berselawat ke atas Baginda saw
sepuluh kali ALLAH selawat ke atas kita...





semester 5 END

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..semester 5 dah pun berakhir pada 18hb 1 tahun 2013...

dah lama habis baru nak update..
al mklum idea baru nak bercambah
selepas tamat exam final hari tu...

Alhamdulillah3x...
Sekarang nia hanya menunggu keputusan exam sahaja..
rasa nya semua cuak kan...
like this picture




tapi walau macam mana pun
teruskan berDOA pada ALLAH untuk mendapat keputusan yang cemerlang..
aamiin...
Ya Rabbal 'Alamin





.................................................................................................

sekarang nie time bercuti selama sebulan...
time menjaga anak buah pun bermula..
skrg2 nya tak lah boring cuti2 nie..
ada juga tempat untuk bergurau..

sekarang memang stil menjaga anak abang yang sulong...
Syakir & Syifa...




nak jaga abrar hakimi
bila dah balik Pahang nnti...



dan Insya-ALLAH, tahun nie akan bertambah seorang lagi anak sedare
dari kak Robiatul Adawiah...
lelaki or perempuan belum tahu lagi...
dah lahir baru tahu..
apa2 pun, moga baby lahir dalam keadaan sihat wal afiat...
insya-ALLAH

.....................................................................................................


dalam bosan2 semasa cuti nie..
duk layan anak sadare sambil layan novel2 kak ipar punya...

baca pun sekadar menambah ilmu..
memang kebanyakkan orang kata novel2 skrang semua berunsurkan cinta..
mmg tak dinafikan pun...
tapi biarlah cinta itu kena pada tempat nya...

nak baca tak salah, tapi jgn terlebih khayalan sudah..

in proses :



semoga cuti ada manfaat nya untuk diri saya
dan sahabat...
.....................................................................................

THE  END


Followers

hope