Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Saturday, October 13, 2012

Jamak dan Qasar ketika Musafir

Assalamualamualaikum.

utk entry hari ini adalah sambungan dari entry yang sebelum ini.
yang mengisahkan persoalan tentang
"Jamak & Qasar ketika Bermusafir”



Q: Bolehkah qasar jamak jika bermusafir lebih daripada empat hari empat malam?


A: Pertama, had empat hari empat malam adalah tidak termasuk hari masuk dan hari keluar. Umpamanya, jika seseorang masuk hari Sabtu dan keluar pada hari Khamis, maka hari yang dikira bermukim (menetap di suatu tempat) ialah Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu iaitu empat hari. Oleh itu, dia boleh qasar jamak.
Jika dia masuk di suatu tempat dan dijadualkan akan keluar pada keesokannya tetapi tidak jadi, dan ia berterusan pada hari2 yang berikutnya, dia dibolehkan qasar jamak selama 18 hari.

Q: Dimanakah kita boleh melakukan solat qasar jamak?


A: Ia dlakukan selepas keluar dari batas atau sempadan kota atau yang disebut sebagai sur al-Balad. Di sesetengah tempat ada pintu gerbang masuk yang ditulis dengan ucapan “Selamat Datang” dan ada pintu gerbang keluar. Jika tidak ada sempadan kota, bolehlah dengan melihat bangunan yang terakhir. Ketika keluar dari pintu gerbang keluar/pagar kota atau bangunan tadi, maka sudah boleh mengerjakan solat qasar jamak tanpa perlu menunggu sehingga 2 marhalah. Apa yang penting, perjalanan musafir kita jauhnya hendaklah sampai 2 marhalah.
Umpamanya, kita mahu bermusafir ke Iskandariah yang jauhnya hamper 4 marhalah. Sampai sahaja di perbatasan Syuobra, sudah boleh qasar jamak disana. Atau ketika balik ke kampong dan sampai di lapangan terbang, sudah boleh qasar jamak.


Q: Apakah sebabnya seseorang yang bersolat qasar menjadi imam kepada orang yang bermukim?


A: Sebabnya, jika yang bermukim menjadi imam, orang yang berada dalm musafir tidak boleh menunaikan solat qasar. Dia hendaklah solat tamam (sempurna). Oleh itu, jika orang yang bermusafir menjadi imam, orang yange bermukim boleh mengikutnya secara tamam dan menyempurnakan rakaat yang berbaki apabila imam member salam. Orang yang bermukim itu dikira masbuk dua rakaat (kerana dia akan berdiri menyempurnakan dua rakaat lagi).

Q: Apakah perlu kita melakukan solat rawatib Zuhur dan Asar?


A: Pendapat pertama mengatakan perlu kerana solat rawatib adalah sebagai menyempurnakan (mukaamalatun) & menampung (jabiiratun) solat fardu.
Pedapat kedua mengatakan tidak perlu kerana Nabi saw tidak pernah melakukan solat sunat pada waktu melakukan solat qasar.



_tamat_


No comments:

Post a Comment

Followers

hope