Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Saturday, October 13, 2012

Jamak dan Qasar ketika Musafir

Assalamualamualaikum.

utk entry hari ini adalah sambungan dari entry yang sebelum ini.
yang mengisahkan persoalan tentang
"Jamak & Qasar ketika Bermusafir”



Q: Bolehkah qasar jamak jika bermusafir lebih daripada empat hari empat malam?


A: Pertama, had empat hari empat malam adalah tidak termasuk hari masuk dan hari keluar. Umpamanya, jika seseorang masuk hari Sabtu dan keluar pada hari Khamis, maka hari yang dikira bermukim (menetap di suatu tempat) ialah Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu iaitu empat hari. Oleh itu, dia boleh qasar jamak.
Jika dia masuk di suatu tempat dan dijadualkan akan keluar pada keesokannya tetapi tidak jadi, dan ia berterusan pada hari2 yang berikutnya, dia dibolehkan qasar jamak selama 18 hari.

Q: Dimanakah kita boleh melakukan solat qasar jamak?


A: Ia dlakukan selepas keluar dari batas atau sempadan kota atau yang disebut sebagai sur al-Balad. Di sesetengah tempat ada pintu gerbang masuk yang ditulis dengan ucapan “Selamat Datang” dan ada pintu gerbang keluar. Jika tidak ada sempadan kota, bolehlah dengan melihat bangunan yang terakhir. Ketika keluar dari pintu gerbang keluar/pagar kota atau bangunan tadi, maka sudah boleh mengerjakan solat qasar jamak tanpa perlu menunggu sehingga 2 marhalah. Apa yang penting, perjalanan musafir kita jauhnya hendaklah sampai 2 marhalah.
Umpamanya, kita mahu bermusafir ke Iskandariah yang jauhnya hamper 4 marhalah. Sampai sahaja di perbatasan Syuobra, sudah boleh qasar jamak disana. Atau ketika balik ke kampong dan sampai di lapangan terbang, sudah boleh qasar jamak.


Q: Apakah sebabnya seseorang yang bersolat qasar menjadi imam kepada orang yang bermukim?


A: Sebabnya, jika yang bermukim menjadi imam, orang yang berada dalm musafir tidak boleh menunaikan solat qasar. Dia hendaklah solat tamam (sempurna). Oleh itu, jika orang yang bermusafir menjadi imam, orang yange bermukim boleh mengikutnya secara tamam dan menyempurnakan rakaat yang berbaki apabila imam member salam. Orang yang bermukim itu dikira masbuk dua rakaat (kerana dia akan berdiri menyempurnakan dua rakaat lagi).

Q: Apakah perlu kita melakukan solat rawatib Zuhur dan Asar?


A: Pendapat pertama mengatakan perlu kerana solat rawatib adalah sebagai menyempurnakan (mukaamalatun) & menampung (jabiiratun) solat fardu.
Pedapat kedua mengatakan tidak perlu kerana Nabi saw tidak pernah melakukan solat sunat pada waktu melakukan solat qasar.



_tamat_


Saturday, October 6, 2012

Jamak dan Qasar ketika Musafir


Assalamualaikum..

hari nie nak berbincang sedikit persoalan tentang
solat Jamak & Qasar..
bukti Islam Agama yang Mudah



persoalan ini telah dijawab oleh 

Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari a-Makki

persoalan ini dicopy dalam 
buku Q&A edisi 6



Q: Berapakah ttempohnya seseorg blh solat qasar jamak?

A: iaitu jika seseorg itu berada di suatu tmpat tdk lbih drpd 4 hari 4 malam. Jk perjalanan terus-menerus, tdk ada tempohnya. Umpamanya seseorg yg mengelilingi dunia, maka dia blh solat qasar jamak.
Walau bagaimanapun, jika dia seorg pelaut did lm kapal bersama keluarganya, kapalnya adalah sprt tmpat kediamannya. Walaupun dia belayar di sekeliling dunia, ulama mengatakan kapalnya itu sprit kmpung dan dia sprit sudah bermukin di tmpat kediamannya. Maka dia tdk blh mengerjakan qasar jamak.


Q: Bolehkah seseorg yang sedang solat qasar jamak diikuti olh org yg solat secara tamam (sempurna)?

A: Boleh, sama ada makmum yg mengikutinya itu solat qasar jamak juga atau solat tamam.

Q; Bolehkan kita solat jamak qasar setiap hari jika jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja melebihi 2 marhalah?
 A: Boleh, umpamanya org yang tggal di Ipoh bekerja di Kuala Lumpur. Setiap hari dia berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Maka blh dia melakukan jamak qasar pada setiap hari jika jarak antara kedua-duanya lebih dari 2 marhalah dan dikira sebagai musafir.


.........................................................................................................................

sambungan nye akan di update
dalam masa yang terdekat ini..
insya-ALLAH.

konvokesyen uum

Assalamualaikum...

emm, ckp ttg konvo nie,
seperti diri ini pulak yang nak berkonvo..
pada hal nye, lambat ag...
insya-ALLAH, tahun 2014 dah boleh konvo...
mudah2an..
^_^

emm, ramai juga senior2 saya yg berkonvo tahun nie
tahniah....

emm, xlupa juga...
x-rumate saya pun berkonvo tahun nie..
jika tak silap,
8hb 10 tahun 2012.
tahniah kepada
Arnida Abdullah.. (kak Nida)

ini untuk akak .. 
 .....................................................................................................
bila tengok kakak2 and abang2 berkonvo,
rasa diri ni pun xsabar...
nak konvo juga..
jk boleh hari nie juga...
tapi apa kan daya..
belum habis belajar lagi...
insya-ALLAH,
dengan tengok mereka,
boleh menaikkan semangat belajar...
^_^

to all my friends..
chayook2
^_^

Followers

hope