Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Monday, September 17, 2012

BFF??

Assalamualaikum...

emm...hari nie nak coretkan sedikit ttg BFF...
apa tu BFF??
tipulah kan jika cakap tak tahu...
BFF ni selalu digunakan dikalangan remaja sekarang..
tak kisah lah, sama ada di sekolah mahupun di universiti..
boleh di kata kan femes lah perkataan nie...

BFF ialah singkatan bagi perkataan
"Best Friend Forever"
"Kawan Baik Selamanya"
"أفضل صديق للأبد"

best kan bila de kawan gelarkan kita nie BFF....
itu bermakna dia itu sangat bermakna bagi kita...
ketika kita SENANG, mahupun SUSAH...
ketika kita ada masalah, 
BFF kita lah tempat kita mengadu...

tetapi..!
sehebat-hebat BFF kita..
tidak boleh menandingi Pencipta kita iaitu ALLAH swt.
jadi...
setiap masalah yang kita hadapi...
sebaik-baiknya, mengadulah pada ALLAH swt..
kerana Dia Maha Mengetahui setiap yang terjadi..
kerana Dia yang mencipta kita...

selepas puas mengadu pada-Nya...
mengadulah pada Ibu atau Ayah...
kerana mereka yang telah menjaga kita sejak dari lahir..
mereka tahu apa yang terbaik utk anaknya...
dan baru lah lepas itu kita mencari BFF..

"bagi pengalaman saya...
saya tiada BFF...
yang ada hanya BF...
bukan Boy Friend yek...
Best Friend...
kenapa tiada Forever??
sbb bagi saya...susah nak mencari yang Forever di kalangan
kawan2...
yang ada hanya satu Forever saya di dunia...
iaitu ALLAH swt...
Dia sentiasa ada di waktu kita SENANG mahupun SUSAH...
tak perlu susah2 cari yang Foever dikalangan kawan2..
sbb belum tentu kekal...

orang yang bekawan dengan kita belum tentu
akan menjadi sahabat selamanya...
kenapa??
sbb mereka akan meninggal kan kita juga...
tidak kira cepat ataupun lambat...
sbb itu semua ketentuan Ilahi...
dan hanya yang kekal adalah ALLAH swt juga..

jadi, bagi saya tiada salah 
untuk ada BFF...
tapi tidak terlalu taksub sangat..
hingga lupa pada Pencipta kita...

tapi seelok2nya, pilih lah BFF kita
yang mengajak kita dekat pada ALLAH swt...
kerana, kawan yang mengingatkan kita kepada ALLAH swt..
Insya-ALLAH..
pasti akan mendapat ganjaran di akhirat kelak,..
kerana di dunia ni hanya sementara...
dan Akhirat juga yang kekal selama-lamanya...

Ukwah Fillah Abadan Abada
Pernah dengar??
Mesti penah juga kan…
Perkataan ini sama juga dengan BFF
Tapi perkataan ni lebih Islamic sedikit…
Dan sedap juga didengar…

jadi kesimpulan nya...
pilih lah sahabat @ kawan @ teman @ BFF
yang baik...
yang boleh mengajak kita ke jalan-Nya...
mudah-mudahan...
………………………………………………………..
“Sahabat yang BERIMAN
Ibarat mentari yang menyinar…
Sahabat yang SETIA
Bagai pewangi yang mengharumkan…
Sahabat yang SEJATI
Menjadi pendokong impian…
Sahabat BERHATI MULIA
Membawa kita ke jalan ALLAH swt…”
…………………………………………………….
“Teman yang baik sukar dicari.
Lebih sukar untuk ditinggalkan
Dan mustahil untuk dilupakan..”
……………………………………………………..
“Ukhwah itu bagai seutas tasbih..
Ada awal tiada penghujung..
Dicipta untuk mengingati-Nya,
Dibahagikan untuk cinta-Nya
Dan diratib untuk redha-Nya….”

No comments:

Post a Comment

Followers

hope