Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Sunday, July 1, 2012

Bulan Ramadhan Akan Tiba


Assalamualaikum...

sedar tak sedar dah masuk bulan Sya'aban....

tak lama lepas tu dan bulan Ramadhan...

Alhamdulillah....

Allah masih panjangkan umur kita untuk sampai ke bulan Ramadhan

Alhamdulillah 3x


Hari ni sudah 12 Sya'aban 1433H..
jadinya tinggal dalam 17 hari lagi
sebelum tiba 1 Ramadhan 1433H...
tak lama dah kan sahabat semua...

disini nak coretkan sedikit tentang
Fadhilat Bulan Ramadhan...
mungkin sahabat2 sudah mengetahui....
tapi apa salahnye kita refresh lagi...

Antara Fadhilat Ramadhan :
1- Dibelenggu para syaitan dan jin...
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila masuk bulan Ramadhan,
terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka,
manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat."
(Bukhari & Muslim)

2- Dibuka pintu Syurga
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : 
" Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari)

3- Tertutup pintu neraka
4- Bulan penuh keberkatan.
5- Bulan menambah rezeki.
6- Bulan keampunan
7- Doa yang paling dimakbulkan adalah doa sebelum berbuka.
8- Sepuluh hari pertama adalah mulanya rahmat
9- Sepeluh hari pertengahan adalah pengampunan
10- Sepeluh yang terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.
11- Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah
daripada bau kasturi.
12- Ikan-ikan akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

dan banyak lagi fadhilat2 lain yang sahabat akan banyak jumpa jika rajin membaca.
insya-Allah....
jika ada masa dan dipanjangkan umur oleh Allah,
saya akan menyambungnya lagi fadhilat2 di bulan Ramadhan..









No comments:

Post a Comment

Followers

hope