Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Thursday, May 3, 2012

Mampukan Aku...


۩۞۩ MAMPUKAH AKU SEBAGAI SEORANG WANITA MUSLIMAH.. ۩۞۩

Mampukah aku menjadi seperti Saidatina Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada yang sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku...
Mengenang pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin sekali aku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah..

Tabahkan jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar..

Mampukah aku jadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan Iman dan Islam
Bersinar indah, harum semerbak
Bagai wanginya pusara Mashitah....



No comments:

Post a Comment

Followers

hope