Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Saturday, May 5, 2012

HATI-HATI DENGAN HATI DALAM BERDAKWAH



~
Saiyidtina Fatimah tidak mahu dikenali di dunia dan di akhirat..

::HATI-HATI DENGAN HATI DALAM BERDAKWAH::

"Tap tup tup tap tup tap!" Mimi baru saja siap menaip. Mouse dihalakan ke butang 'post' lalu ditekan. Siap!

Akhirnya, satu lagi status berunsur dakwah tersiar di profile Facebook Mimi. Dia senyum bangga. Dalam hati, dia berasa seolah-olah dia seorang alim (berilmu) yang sangat penting. Mata Mimi tidak lepas memandang skrin komputer. Masa yang ada dihabiskan untuk menunggu dan mengira bilangan orang yang like status

Baru post beberapa minit, sudah ramai orang like. Mimi terasa semakin hebat. Dia menganggap orang lain melihat dia seperti ustaz Azhar Idrus yang sangat berilmu. Perasaan riak mula keluar dari persembunyiannya. "Tak sia-sia aku google. Edit-edit sikit lepas tu baru la status tu nampak macam aku yang buat." Mimi mengharap kawan dia yang beribu tu akan nampak status dia dekat news feed masing-masing. Dia teringin untuk menjadi seorang yang feymes.

Tiba-tiba, datang kawan mimi masuk ke bilik mengambil sesuatu. Sebelum keluar, kawannya sempat memandang sekilas ke arah dia kemudian berkata.

"Main Facebook je kerja kau. Aku tengok kau update status gaya macam ustazah. Tapi hidup kau langsung tak macam ustazah pun. Cuba la buat kerja sikit. Ni tidak, asyik melangut depan laptop 24 jam."

Kata-kata yang sungguh tajam menusuk di hati. Tapi kerana egonya yang tinggi, mimi cuba membalas kawannya untuk tidak menjatuhkan air muka dirinya sendiri.

"So what? Salah ke aku kongsi sesuatu yang baik? Aku mengaku aku ni tak macam kau. Maklum la aku ni orang yang pemalas. Tapi sekurang-kurangnya aku ikut pesan Nabi yang pernah berkata, 'sampaikanlah ayatku walau sedikit.' Kalau nak tunggu semua perfect, berapa ramai saja yang layak bagi pesanan dan nasihat?"

Kawan mimi tersenyum. Mimi kehairanan. Dia tidak sabar menanti jawapan dari kawannya itu.

"Well, kau pernah baca Quran tak? Surah as-Saf, ayat 2 hingga 3 yang bermaksud: 'Wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sungguh besar kemurkaan Allah bagi orang yang pandai berkata-kata tapi tidak mengamalkannya.' Lagi satu, aku tak cakap pun apa yang kau buat tu salah. Cuma, kau ni aku tengok langsung tak buat apa-apa pun. Tau update status je. Macam mana orang nak ikut nasihat kalau kau tak bagi contoh yang baik?"

Panjang penjelasan yang diberi oleh kawan Mimi. Manakala Mimi pula terdiam seribu bahasa. Ada betulnya juga apa yang dikatakan tadi. Dia mulai sedar, niat hatinya selama ini dalam berkongsi ilmu ternyata salah. Dia cuma ingin mahsyur atas nama ilmu itu sendiri. Tiba-tiba, satu perasaan bersalah muncul di benak hatinya. Riak wajah mimi mula berubah.

Kawan Mimi yang masih berada di situ perasan akan perubahan wajah Mimi. Dia rapat ke arah Mimi. Dengan senyuman yang lebar dia menepuk bahu Mimi dan berkata.

"MI, dah tau ayat Quran tadi tu, jangan la pulak terus stop tulis status berunsur dakwah. Kalau kau stop, nanti makin berkurang la orang yang memberi pesanan dan nasihat. Aku still sokong apa kau buat. Tapi satu je yang aku nak tengok. Kalau sebelum ni kau hanya sekadar menaip di status, lepas ni kau amalkan la jugak setiap status yang kau tulis tu. Itu baru namanya alim."

Pesanan : Ingat...Allah tahu niat kita...jangan kejar glamour..glamour kat dunia tak kemane pun.."buat status semata2 nak org like,pastu bangga bile ramai org like..lagi2 perempuan kan,buat je status2 macam tu kalau salah niatnya,mau nya tersangkut dengan lelaki2 yg dok puji2 status kita tu.. niat kene betul.. ingat satu je,tipu daya syaitan tersangat licik! "..elok lah ambil pedoman cerita atas ni..

Kopi pasta


From : Khazinatul Asrar Hidayah

No comments:

Post a Comment

Followers

hope