Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Sunday, May 27, 2012

Bersyukur..Bersabar..Redha..



Adakalanya Allah mengurniakan terus sesuatu yang kita hajatkan, untuk melihat sejauh mana kesyukuran jiwa terhadapNya.. Kekadang ia satu bentuk ujian atau juga kenikmatan. Tapi perlu diingatkan, kenikmatan yang membuatkan jiwa lalai dan terleka, boleh mengundang kemurkaanNya.

Adakalanya pula Allah tangguhkan sebentar apa yang kita impikan, untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kecekalan hati terhadap ketentuanNya.. Ada pula Allah tangguhkannya kerana untuk menjadikan kita menantinya dengan penuh pengharapan dan pergantungan terhadapNya..

Adakalanya juga Allah menghalang terus apa yang kita inginkan, untuk melihat keikhlasan dan tawakal kita terhadapNya, malah juga untuk menyaksikan sifat redha didalam hati kita pada takdirNya. Ada pula Allah menghalangnya kerana untuk kita memperoleh suatu yang lebih baik dari apa yang kita inginkan, dan juga untuk mengelak kita kecewa dan berduka di masa depan kerana tersalah pilihan..

Sesungguhnya Allah maha bijaksana atas apa yang Dia rancang dan tentukan. Dia mengurniakan sesuatu apa yang terbaik untuk kehidupan kita, meskipun ia suatu 'kepahitan' yang terpaksa kita lalui, walhal 'kepahitan' itu sebenarnya baik untuk kehidupan kita di masa akan datang. [Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 216]

Ingat dan sedarilah, Allah mengurniakan sesuatu mengikut keperluan kita, bukan sekadar memenuhi kemahuan dan keinginan kita yang kekadang terikut pada hawa nafsu manusia.

Fikirkanlah.. Siapa yang lebih mengetahui diri kita.. KITA sekadar hambaNya ataupun ALLAH TA'ALA sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa? Wallahu'alam..

Untuk renungan bersama.. BERSYUKURLAH>BERSABARLAH>REDHAKANLAH.. Hidup dan dunia ini hak Allah, dan terimalah apa sahaja yang Allah ingin berikan.








No comments:

Post a Comment

Followers

hope