Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Wednesday, May 30, 2012

Exam...exam..exam...



Tidak lama lagi dah nak exam final bagi semester ke-4…
Ya Allah, rasa mcm sekejap jek…dah 2 tahun saya dan sahabat2 Finance berada di UUM….
Tak percaya kan rasa nya…tapi ini dalah kenyataan nya , masa tidak akan menunggu kita walaupun sekejap…dan masa selalu mencemburui kita…tapi kita?? Tepuk dada, tanya lah iman….
Sekarang ni adalah musim stdy week walaupun masih ada lagi kelas yang tak habis….

Insya-Allah, exam saya akan bermula pada 16/06/2012 sehingga 28/06/2012…
Semoga saya dapat menjawab nya dengan cemerlang…insya-Allah…








16~06~2012 => Management
18~06~2012 => Corporate Finance
21~06~2012 => International Finance
26~06~2012 => Ekonometrik Asas
27~06~2012 => Investment Analysis
28~06~2012 => Islamic Banking Management




you can do it....
~Sumaiyah Binti Saro~

Astagfiruaallah azim


Begini lah saat syaitan menghasut kita...
Tapi jangan mudah terpedaya dengan tipu daya nya...
Cepat2 lah ucap astagfiruaallah azim...
Minta pertolongan dari Nya...



Monday, May 28, 2012

Ko-K Kerohanian

Alhamdulillah...

Diberi kesempatan oleh Allah untuk saya menghabiskan Ko-k (kokurikulum) selama 4 sem....

Ko-k yang telah saya pilih di UUM nie ialah Kerohanian....

Seramai 4 orang Ustaz & Ustazah yang telah mengajar saya dan kawan2 dalam kelas kerohanian...

Sem 1 - Ustaz pe yek....tak ingat nama :)

Sem 2- Ustaz Yusnaidi...tapi beliau hanya sementara...kemudian di ganti oleh isteri beliau sampai habis...

Sem 3 & 4 - Ustaz Shahril Fazli

Selama 4 sem ko-k, 2 sem terakhir baru de gambar untuk kenangan...

Hanya ini sahaja gambar yang de =)



alamak....gambar kurang jelas pulak...tapi comel lar kan... =)










Antara ahli kumpulan kami :


Sunani
Amira
Hanis
Muslim
Naim
Ashyraf
Azli
Asyraf
Fatin
Hidayu
Suhaila
Safian
Aiman
Aqilah
Farahin
Nor Suhaila
Munirah
Elyana 
Noor Atiqah
Aisya
Husna
Norain
Erma
Fatihah
Athiyyah
Haslinah
Hazwani
Atiqah

Sunday, May 27, 2012

Bersyukur..Bersabar..Redha..



Adakalanya Allah mengurniakan terus sesuatu yang kita hajatkan, untuk melihat sejauh mana kesyukuran jiwa terhadapNya.. Kekadang ia satu bentuk ujian atau juga kenikmatan. Tapi perlu diingatkan, kenikmatan yang membuatkan jiwa lalai dan terleka, boleh mengundang kemurkaanNya.

Adakalanya pula Allah tangguhkan sebentar apa yang kita impikan, untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kecekalan hati terhadap ketentuanNya.. Ada pula Allah tangguhkannya kerana untuk menjadikan kita menantinya dengan penuh pengharapan dan pergantungan terhadapNya..

Adakalanya juga Allah menghalang terus apa yang kita inginkan, untuk melihat keikhlasan dan tawakal kita terhadapNya, malah juga untuk menyaksikan sifat redha didalam hati kita pada takdirNya. Ada pula Allah menghalangnya kerana untuk kita memperoleh suatu yang lebih baik dari apa yang kita inginkan, dan juga untuk mengelak kita kecewa dan berduka di masa depan kerana tersalah pilihan..

Sesungguhnya Allah maha bijaksana atas apa yang Dia rancang dan tentukan. Dia mengurniakan sesuatu apa yang terbaik untuk kehidupan kita, meskipun ia suatu 'kepahitan' yang terpaksa kita lalui, walhal 'kepahitan' itu sebenarnya baik untuk kehidupan kita di masa akan datang. [Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 216]

Ingat dan sedarilah, Allah mengurniakan sesuatu mengikut keperluan kita, bukan sekadar memenuhi kemahuan dan keinginan kita yang kekadang terikut pada hawa nafsu manusia.

Fikirkanlah.. Siapa yang lebih mengetahui diri kita.. KITA sekadar hambaNya ataupun ALLAH TA'ALA sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa? Wallahu'alam..

Untuk renungan bersama.. BERSYUKURLAH>BERSABARLAH>REDHAKANLAH.. Hidup dan dunia ini hak Allah, dan terimalah apa sahaja yang Allah ingin berikan.








Sehari Bersama...


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

"Assalamualaikum…

Hari nie nak tulis sedikit kenangan manis kami as a kosmate Finance 12’…

25/05/2012..perjalanan yang telah di atur oleh pihak penganjur untuk pergi makan steambot di Kangar…dalam 3 buah kereta juga lar…

Kereta pertama dipandu oleh Epul, Kedua dipandu oleh E’en & yang Ketiga dipandu oleh CikNur..

Sebelum pergi makan, kami semua pergi jalan2 di Jitra Mall…beli pe yang patut dan bermain pe yang patut…

Permainan yang kami pilih..semestinya bowling…perlawanan antara Epul, E’en dan KakMas…main nie pun hanya suka-suka je…keputusan yang kami perolehi dimenangi oleh KakMas…tahniah2…

Lepas habis bermain, kami atur kan diri untuk pergi solat magrib…dalam perjalanan nak pergi masjid Changlun…tanpa di duga, kami sesat…hehe…keadaan tu tak perlu digambarkan…kelam kabut juga lar…ada yang tersalah ikut kereta…al maklum…waktu malam susah sikit nak nampak…nak pulak yang bawak kereta tu, bawaknya laju semacam tanpa peduli orang dibelakang…so tiada salah nye kami sesat… =)

Last2 akhir nye sampai sudah di masjid Changlun…lepas solat magrib, terus kami bertolak ke Kangar untuk makan steambot…

Dalam pukul 11.30pm, kami bertolak balik dpp…Alhamdulillah…diberi kesempatan untuk meluangkan masa bersama kawan2 sebelum exam final bermula pada awal bulan 6 nie…

Akhir sekali, sedikit gambar kenangan untuk disimpan… ^_^




*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

 Jalan2 kat Jitra Mall..





*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Main Bowling...


 

 




*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Steambot time...






*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Antara Kawan Yang Terlibat Dalam Menjayakan Program nie :

Khalila
Sabarina
Cik Nur
Kak Mas
Sumaiyah
Salihin
Shaiful
Daem
Dila
Nogi
Faem
Ecah
Ain

                              
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

The End...


Followers

hope