Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Sunday, December 30, 2012

Exam...


Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hari nie adalah hari pertama exam
untuk sem 5...


subjek pertama yang sangat berisiko...
iaitu Risk Management...

tengok pada nama subjek pun kita dah boleh agak macam mana kan..
apa2 pun...dah jawab pun exam nye tadi..
dan sekarang hanya bertawakal...
semoga mendapat keputusan yang memuaskan...
insya-ALLAH...

lepas nie akan disambung dengn exam :-
~Islamic Financial Management, Instrument and Institution
~Macroeconomic
~Introduction to Entrepreneurship
~Strategic Management
~Marketing of Financial Service.

ada 5 paper lagi menunggu...dan insya-ALLAH
semua akan tiba tak lama lagi...

semoga berjaya lah menjawab nye..
jom sambung stdy..


wish me :


and get :



..................................................................................................................
the end




Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum..

alhamdulillah...ALLAH bagi kite nafas
untuk hidup lagi dan 
sampai ke tahun hijrah yang baru
tahun 1434H
pada 15/11/2012..
alhamdulillah.. 3x

jadi pada petang nie lepas asar
(14/11/2012)
jgn lupa baca doa Akhir tahun..

manakala lepas magrib nie 
(14/11/2012)
baca doa Awal tahun...


..........................................................

Dengan nie...
sy Sumaiyah --
ingin mengucapkan :
"Salam Maal Hijrah 1434H..."




Monday, November 12, 2012

Hari Lahir Sahabat



Assalamualaikum…

Alhamdulillah…malam tadi dapat menyambut besday dua org sahabat baik…
Farah & Shikim…
(12/11/2012)
Semoga Allah panjangkan umur kalian,
Murah rezeki serta sentiasa dlm lindungan ALLAH selalu…
Semoga pertambahan usia ini, akan menambahkan  beramal ibadat kita..
Mengumpul saham utk akhirat nnti..
Untuk bertemu Yang Maha Esa



_love u all so much_
semoga ALLAH mempertemukan kita lagi..
insya-ALLAH

.....................................................................................................................

tidak dilupakan juga...
besday seorg sahabat sy lagi...
yg sme bsday nye
(12/11/2012)
yg dh menjangkau umur 23 tahun...
dh boleh kwen pun...
hehe..

"Selamat Hari Lahir wat sahabat Zubair..
semoga ALLAH memurahkan rezeki sahabat, 
panjang umur, serta sentiasa dalam lindungan ALLAH selalu.."
aamiin


-end-


Saturday, October 13, 2012

Jamak dan Qasar ketika Musafir

Assalamualamualaikum.

utk entry hari ini adalah sambungan dari entry yang sebelum ini.
yang mengisahkan persoalan tentang
"Jamak & Qasar ketika Bermusafir”



Q: Bolehkah qasar jamak jika bermusafir lebih daripada empat hari empat malam?


A: Pertama, had empat hari empat malam adalah tidak termasuk hari masuk dan hari keluar. Umpamanya, jika seseorang masuk hari Sabtu dan keluar pada hari Khamis, maka hari yang dikira bermukim (menetap di suatu tempat) ialah Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu iaitu empat hari. Oleh itu, dia boleh qasar jamak.
Jika dia masuk di suatu tempat dan dijadualkan akan keluar pada keesokannya tetapi tidak jadi, dan ia berterusan pada hari2 yang berikutnya, dia dibolehkan qasar jamak selama 18 hari.

Q: Dimanakah kita boleh melakukan solat qasar jamak?


A: Ia dlakukan selepas keluar dari batas atau sempadan kota atau yang disebut sebagai sur al-Balad. Di sesetengah tempat ada pintu gerbang masuk yang ditulis dengan ucapan “Selamat Datang” dan ada pintu gerbang keluar. Jika tidak ada sempadan kota, bolehlah dengan melihat bangunan yang terakhir. Ketika keluar dari pintu gerbang keluar/pagar kota atau bangunan tadi, maka sudah boleh mengerjakan solat qasar jamak tanpa perlu menunggu sehingga 2 marhalah. Apa yang penting, perjalanan musafir kita jauhnya hendaklah sampai 2 marhalah.
Umpamanya, kita mahu bermusafir ke Iskandariah yang jauhnya hamper 4 marhalah. Sampai sahaja di perbatasan Syuobra, sudah boleh qasar jamak disana. Atau ketika balik ke kampong dan sampai di lapangan terbang, sudah boleh qasar jamak.


Q: Apakah sebabnya seseorang yang bersolat qasar menjadi imam kepada orang yang bermukim?


A: Sebabnya, jika yang bermukim menjadi imam, orang yang berada dalm musafir tidak boleh menunaikan solat qasar. Dia hendaklah solat tamam (sempurna). Oleh itu, jika orang yang bermusafir menjadi imam, orang yange bermukim boleh mengikutnya secara tamam dan menyempurnakan rakaat yang berbaki apabila imam member salam. Orang yang bermukim itu dikira masbuk dua rakaat (kerana dia akan berdiri menyempurnakan dua rakaat lagi).

Q: Apakah perlu kita melakukan solat rawatib Zuhur dan Asar?


A: Pendapat pertama mengatakan perlu kerana solat rawatib adalah sebagai menyempurnakan (mukaamalatun) & menampung (jabiiratun) solat fardu.
Pedapat kedua mengatakan tidak perlu kerana Nabi saw tidak pernah melakukan solat sunat pada waktu melakukan solat qasar.



_tamat_


Saturday, October 6, 2012

Jamak dan Qasar ketika Musafir


Assalamualaikum..

hari nie nak berbincang sedikit persoalan tentang
solat Jamak & Qasar..
bukti Islam Agama yang Mudah



persoalan ini telah dijawab oleh 

Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari a-Makki

persoalan ini dicopy dalam 
buku Q&A edisi 6



Q: Berapakah ttempohnya seseorg blh solat qasar jamak?

A: iaitu jika seseorg itu berada di suatu tmpat tdk lbih drpd 4 hari 4 malam. Jk perjalanan terus-menerus, tdk ada tempohnya. Umpamanya seseorg yg mengelilingi dunia, maka dia blh solat qasar jamak.
Walau bagaimanapun, jika dia seorg pelaut did lm kapal bersama keluarganya, kapalnya adalah sprt tmpat kediamannya. Walaupun dia belayar di sekeliling dunia, ulama mengatakan kapalnya itu sprit kmpung dan dia sprit sudah bermukin di tmpat kediamannya. Maka dia tdk blh mengerjakan qasar jamak.


Q: Bolehkah seseorg yang sedang solat qasar jamak diikuti olh org yg solat secara tamam (sempurna)?

A: Boleh, sama ada makmum yg mengikutinya itu solat qasar jamak juga atau solat tamam.

Q; Bolehkan kita solat jamak qasar setiap hari jika jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja melebihi 2 marhalah?
 A: Boleh, umpamanya org yang tggal di Ipoh bekerja di Kuala Lumpur. Setiap hari dia berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Maka blh dia melakukan jamak qasar pada setiap hari jika jarak antara kedua-duanya lebih dari 2 marhalah dan dikira sebagai musafir.


.........................................................................................................................

sambungan nye akan di update
dalam masa yang terdekat ini..
insya-ALLAH.

konvokesyen uum

Assalamualaikum...

emm, ckp ttg konvo nie,
seperti diri ini pulak yang nak berkonvo..
pada hal nye, lambat ag...
insya-ALLAH, tahun 2014 dah boleh konvo...
mudah2an..
^_^

emm, ramai juga senior2 saya yg berkonvo tahun nie
tahniah....

emm, xlupa juga...
x-rumate saya pun berkonvo tahun nie..
jika tak silap,
8hb 10 tahun 2012.
tahniah kepada
Arnida Abdullah.. (kak Nida)

ini untuk akak .. 
 .....................................................................................................
bila tengok kakak2 and abang2 berkonvo,
rasa diri ni pun xsabar...
nak konvo juga..
jk boleh hari nie juga...
tapi apa kan daya..
belum habis belajar lagi...
insya-ALLAH,
dengan tengok mereka,
boleh menaikkan semangat belajar...
^_^

to all my friends..
chayook2
^_^

Saturday, September 22, 2012

Kursus Pra Perkahwinan ^^

Assalamualaikum

Alhamdulillah...
hari ini diberi kesempatan lagi pada kita
untuk hidup di bumi ALLAH..
terima kasih Ya ALLAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
emm...
tengok tajuk semua mesti faham kan...
yup...
petang tadi hari kedua dan hari terakhir
saya bersama sahabat mengikuti
kursus pra perkahwinan
alhamdulillah..
 
tapi bukan bermakna selepas nie terus kawin..
tidak..
masih lagi meneruskan pembelajaran
di tahun akhir di UUM...
dan jika diberi keizinan oleh-NYA,
ingin menyambung kpli selama setahun lebih..
mudah-mudahan..

haaa....
lepas tu, cari pekerjaan pulak..
pastikan pekerjaan yang halal..
tapi bagi siapa yang xmahu kerje tu
boleh je terus kawin..
tapi
minta izin mak & ayah..
dapatkan redha mereka...
kerana redha ALLAH
terletak pada redha kedua ibu bapa kita
^_^

tapi sebagai cadangan,
lebih baik kite bekerja dahalu..
bagi mak & ayah kita merasa
duit gaji kita hasil dari pekerjaan yang halal...
bagi keseronokkan kepada 
mak & ayah...
nak2 lagi kita ini anak perempuan..
sebab bila sudah berkawin,
ketaatan kita lebih pada suami.
manakala suami, ketaatan sentiasa pada 
mak & ayah..
tiada pilihan...
  
tentang pasangan hidup pula..
insya-ALLAH..
ALLAH dan tentukan yang terbaik..
yakin dan percaya dengan keajaiban-NYA..
jika bukan di dunia,
insya-ALLAH di akhirat kelak...

tapi sebagai perancangan apa salah nya..
pilih lah suami yang baik..
dan pastikan diri kita sudah menjadi baik..

begitu juga lelaki..
pilih isteri yang baik...
dan sebelum itu, pastikan diri sudah menjadi baik..

firma ALLAH:
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik 
dan
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
(an-nur : 26)

akhir sekali,
untuk sahabat2 yang akan mendirikan masjid..
tahniah...
semoga berkekalan hingga ke syurga..

Doa utk pengantin :

heart~~~♥~~~♥~~~♥~~~ 

tamat

Monday, September 17, 2012

BFF??

Assalamualaikum...

emm...hari nie nak coretkan sedikit ttg BFF...
apa tu BFF??
tipulah kan jika cakap tak tahu...
BFF ni selalu digunakan dikalangan remaja sekarang..
tak kisah lah, sama ada di sekolah mahupun di universiti..
boleh di kata kan femes lah perkataan nie...

BFF ialah singkatan bagi perkataan
"Best Friend Forever"
"Kawan Baik Selamanya"
"أفضل صديق للأبد"

best kan bila de kawan gelarkan kita nie BFF....
itu bermakna dia itu sangat bermakna bagi kita...
ketika kita SENANG, mahupun SUSAH...
ketika kita ada masalah, 
BFF kita lah tempat kita mengadu...

tetapi..!
sehebat-hebat BFF kita..
tidak boleh menandingi Pencipta kita iaitu ALLAH swt.
jadi...
setiap masalah yang kita hadapi...
sebaik-baiknya, mengadulah pada ALLAH swt..
kerana Dia Maha Mengetahui setiap yang terjadi..
kerana Dia yang mencipta kita...

selepas puas mengadu pada-Nya...
mengadulah pada Ibu atau Ayah...
kerana mereka yang telah menjaga kita sejak dari lahir..
mereka tahu apa yang terbaik utk anaknya...
dan baru lah lepas itu kita mencari BFF..

"bagi pengalaman saya...
saya tiada BFF...
yang ada hanya BF...
bukan Boy Friend yek...
Best Friend...
kenapa tiada Forever??
sbb bagi saya...susah nak mencari yang Forever di kalangan
kawan2...
yang ada hanya satu Forever saya di dunia...
iaitu ALLAH swt...
Dia sentiasa ada di waktu kita SENANG mahupun SUSAH...
tak perlu susah2 cari yang Foever dikalangan kawan2..
sbb belum tentu kekal...

orang yang bekawan dengan kita belum tentu
akan menjadi sahabat selamanya...
kenapa??
sbb mereka akan meninggal kan kita juga...
tidak kira cepat ataupun lambat...
sbb itu semua ketentuan Ilahi...
dan hanya yang kekal adalah ALLAH swt juga..

jadi, bagi saya tiada salah 
untuk ada BFF...
tapi tidak terlalu taksub sangat..
hingga lupa pada Pencipta kita...

tapi seelok2nya, pilih lah BFF kita
yang mengajak kita dekat pada ALLAH swt...
kerana, kawan yang mengingatkan kita kepada ALLAH swt..
Insya-ALLAH..
pasti akan mendapat ganjaran di akhirat kelak,..
kerana di dunia ni hanya sementara...
dan Akhirat juga yang kekal selama-lamanya...

Ukwah Fillah Abadan Abada
Pernah dengar??
Mesti penah juga kan…
Perkataan ini sama juga dengan BFF
Tapi perkataan ni lebih Islamic sedikit…
Dan sedap juga didengar…

jadi kesimpulan nya...
pilih lah sahabat @ kawan @ teman @ BFF
yang baik...
yang boleh mengajak kita ke jalan-Nya...
mudah-mudahan...
………………………………………………………..
“Sahabat yang BERIMAN
Ibarat mentari yang menyinar…
Sahabat yang SETIA
Bagai pewangi yang mengharumkan…
Sahabat yang SEJATI
Menjadi pendokong impian…
Sahabat BERHATI MULIA
Membawa kita ke jalan ALLAH swt…”
…………………………………………………….
“Teman yang baik sukar dicari.
Lebih sukar untuk ditinggalkan
Dan mustahil untuk dilupakan..”
……………………………………………………..
“Ukhwah itu bagai seutas tasbih..
Ada awal tiada penghujung..
Dicipta untuk mengingati-Nya,
Dibahagikan untuk cinta-Nya
Dan diratib untuk redha-Nya….”

Wednesday, August 22, 2012

1 Syawal 1433H

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dah masuk bulan Syawal...
bulan kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan berpuasa...

Allahu Akbar 3x
Walillahilham....
 


..................................................................................................

Alhamdulillah....
raya tahun nie agak meriah juga...
sbb beraya di kampung ayah di Selangor....
kat sne ramai sedare mara..
jadi sempena Hari Raya Aidilfitri tahun nie 
berpeluang untuk beraya bersama....
insya-Allah..raya Aidilfitri kelak, dapat beraya di sana lagi...
..............................................................................................


main mercun dulu...
 
 sesi fotografi...

wak mokh, embah(tok), bik idah, ayah & mak
4 beradik...

embah (tok) bersama cucu & cicit..ni pun belum cukup ramai lagi...
..................................................................................................
-ngapuro seh akeh2...
-taqabbalallahu minna waminkum
taqabbal ya kareem...
-kullu 'am, wa antum bilkhair...
^_^


_tamat_




Followers

hope