Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Monday, December 5, 2011

Amalan 10 Muharram

Banyak peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini atau dipanggil Hari Aasyura. Diantara peristiwa yang paling utama adalah ALLAH SWT mencipta alam ini. Diantara lain adalah :
- Nabi Adam a.s dan Hawa dimasukkan ke dalam syurga.
- Nabi Ibrahim a.s dilahirkan dan diselamatkan daripada dibakar hidup-hidup.
- ALLAH SWT menengelamkan bahtera Firaun.
- ALLAH SWT menyembuhkan penyakit Nabi Ayub.
- Terjadinya tragedi Karbala dimana kebangkitan perjuangan Hussain cucu Rasullullah SAW menegakkan Islam dan menentang kekufuran yang dibawa oleh Yazid Muawiyah.
- Terjadinya kiamat pada hari Jumaat 10 Muharram.


Amalan-amalan yang dilakukan pada 10 Muharram;
 
1. Berpuasa pada 10 Muharram (seelok-eloknya berpuasa pada 9 & 10 Muharram).
Fadhilat : ALLAH SWT menjanjikan penghapusan dosa kita bagi setahun.
2. Berlebih-lebihan berbelanja bagi kaum keluarga.
Fadhilat : Sepanjang tahun tersebut ALLAH tidak akan menahan rezeki kepada kita
  Dalam erti kata lain ALLAH SWT akan berlebihan didalam memberi rezeki
  kepada kita.
3. Menggosok kepala anak yatim dan berbuat baik kepada mereka.
Fadhilat : Bagaikan kita berbuat baik kepada anak yatim sejak dari Nabi Adam a.s.
4. Melawat mereka yang sakit.
Fadhilat : Bagaikan kita melawat mereka yang sakit sejak dari Nabi Adam a.s lagi.
5. Memberi minum kepada muslimin-muslimat walaupun seteguk air.
Fadhilat : Di Padang Mahsyar nanti ALLAH SWT akan memberi minum kepada kita    dimana ketika itu mereka yang lain akan kehausan  yang teramat sangat.

6. Berpuasalah secara berturut pada hari Khamis, Jumaat & Sabtu dalam bulan Muharram.
Fadhilat : Ganjaran pahala 700 kali ganda bagi setiap satu hari.
 

1 Muharram 1433H



rasa nya tidak terlambat ag nak ucap selamat menyambut Awal Muharram...

semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum nya....
bnyak kan amal, kurangkan perkara yang sia2...

 di sini nak share something :-

ABU HURAIRAH R.A. BERKATA :

"Setiap kali datangnya tahun baru,

membuatkan aku risau dah resah kerana
semakin singkat umurku,
semakin dekat ajalku,
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku,
semakin dekatnya hari penghitunganku..."



note : 1 Muharram 1433H bersamaan 27 November 2011 (Ahad)
 

~~peristiwa yg berlaku pd 10 Muharram...

Antara Peristiwa-peristiwa atau Kejadian besar ketika 10 Muharram yang MESTI Masyarakat Islam ketahui --->>> Hari Peristiwa ini yg BAKAL menjelma pada hari:
( selasa - 10 MUHARRAM 1433 bersamaan 6 Dis 2011 )

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
... 3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

~~hari Asyura..10 Muharram 1433H..~~

 
senarai hadis sahih mengenai hari asyura

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu denga......n Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja
 
note : 10 muharram 1433h~~06 disember 2011 (selasa)

Menyebarkan Ilmu


Hadith :
Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”

(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)
...

Huraian
Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya. Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.

Saturday, December 3, 2011

sangkaan manusia....~~

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangka baik…ada sangka buruk…
Orang beribadat disangka riak
Orang yang relak disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
... Orang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang Nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api…
satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya…

~~HAMBA~~

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
salam kasih sayang...

Aku hanya seorang hamba,
kamu juga seorang hamba,
... mereka juga seorang hamba,
kita semuanya adalah hamba...

Marilah kita sedarkan diri,
marilah kita muhasabah diri,
pada diriku,kuingati,
pada dirimu,kamu jagai...

Kita semua ingat-mengingati...
Supaya hidup kita diberkati dan dirahmati...

Mari kita sebarkan salam,hamburkan senyuman,kebahagiaan pasti milik kita!
Carilah kekuatan dan ketenangan hanya pada Yang Esa...
Senyum mu Dan Senyum ku Dalam Keimanan Selalu...
InsyaAllah...^_^

[Cinta Muka Buku by Najwa Latiff edisi Islamik]

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .FITNAH dunia atasku ♪

... ... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..♫

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪

Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..♪

Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪

Followers

hope