Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Tuesday, June 21, 2011

::: Mari Muhasabah Diri Kita Semula :::


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

~pEringatan kepAdA saya..dan perkongsiAn utk semUa.~


sumber :
http://www.facebook.com/#!/notes/saya-nak-lelaki-soleh-menjadi-bakal-suami-saya-satu-hari-nanti/mari-muhasabah-diri-kita-semula/220306697989736


Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah? Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...



sumber :
http://www.facebook.com/pages/Lelaki-Soleh-Idaman-Wanita-Solehah/153578388046534

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
 
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
 
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
 
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
 
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
 
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
 
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
 
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
 
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
 
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.



sumber :
http://www.facebook.com/#!/pages/Lelaki-Soleh-Idaman-Wanita-Solehah/153578388046534

KAU TELAH MEMIKATKU DENGAN AGAMAMU..~

Setiap tingkahlaku, perasaan suka, sayang dan cinta ini harus dikawal dan disusuli dengan syariat islam..istiqarah lah bila ingin mengambil keputusan, jangan terburu2, sentiasa yakin dengan pertolongan Allah..

~mencintailah seorang itu kerana cintanya kepada ALLAH dan RASUL, sayangilah seorang itu kerana sayangnya kepada AGAMAnya, dan sukalah seorang itu kerana KEIKHLASAN yang dizahirkan demi meraih REDHA Allah..~

"seorang yang dicintai bukan untuk ditilik atau dinilai dengan mata kasar, nilailah dengan MATA HATI dan ISTIQARAH lah selalu agar diberi petunjuk dengan apa yang kita pilih..insyaAllah mencapai keberkatan didunia dan diakhirat..~



sumber :
http://www.facebook.com/#!/pages/Lelaki-Soleh-Idaman-Wanita-Solehah/153578388046534

Followers

hope