Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Monday, April 11, 2011

-Pesanan Buat Muslimah-


"Wahai saudariku yang muslimah , yang berada di jalan jihad , Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam lapangan jihad . Peranan saudari bermula dari rumah tangga , iaitu dengan mentarbiyyahkan generasi-generasi kita , membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad."

Wanitalah yang memproses lelaki.Bagi wanita-wanita muslimat , mereka mengajar anak-anak tentang kehidupan dakwah , peperangan menghadapi musuh gerakan islam , sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka surah dari Al-Quran

Begitu juga dengan al-ukhtul , muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya supaya berjihad , ia menggesa suaminya supaya berjihad , berdoa agar suaminya tidak akan pulang hidup-hidup , doakan agar suaminya pulang sebagai As-syahid. Bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya.

Ia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad.Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad.mereka telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat pejuang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita yang dipilih turut menghunuskan senjata mempertahankan maruah Islam , agar matinya asbab kerana mempertahankan Islam!Contohnya ialah seperti yang telah dilakukan oleh ummu nusaibah binti kaab kerana mempertahankan Rasulullah S.A.W dalam peperangan Uhud.
(Mustafa Mashyur)

"Lalu masihkah ada lagi wanita-wanita yang jurangnya amat jauh dengan dirimu?,yang selalu bertegur sapa dan masih ada yang mencurigaimu?wanita yang jaraknya amat jauh untuk didekati , walaupun dekat di kalangan kita."

Persoalan itu bagaikan musuh-musuh yang mesti diperangi , apa yang mengesankan ialah jawapan kepada musuh kita ialah diri kita sendiri.Diri kita yang lemah dari segi akhlak , lemah dari segi akidah , lemah dari segi tarbiyyah , lemah dari segi fikrah.

Perjuangan itu menempah susah kerana maharnya amatlah berharga.Janganlah ada diantara kita meninggalkan lapangan ini , meninggalkan jemaah umpama seekor biri-biri yang keseorangan ia senang menjadi sasaran musuh-musuh islam.

Usrah bukan berlaku di dalam bilik sahaja tetapi ianya bertebaran di tengah lapang yang boleh dilihat kebaikannya. Kemudiannya jurang yang amat jauh adalah jurang yang perlu didekati , ukhwah dan ehsan menjadi rutin bersahabat , kesannya jarak yang amat didekati adalah sifat mahabbah sesama ummat.

Dalam kenangan : Mujahidah yang cekal walaupun dipenjara & diseksa Zainab Al-Ghazali , dipenjarakan bersama adik kepada syed Qutb (Mujahidah Hamidah), Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat pada 3 Ogos 2005 di Masjid Rabia’tul Adawiyah. Lahir di buhaira Mesir pada tahun 1917 , berketurunan Saidina Umar (R.A)


 

sumber : http://u-jam.blogspot.com/2010/11/surat-cinta-untuk-sang-muslimah.html

Cinta Itu Dakwah dan megapa Dakwah Itu Cinta?


Memang seperti itu dakwah.
Dakwah adalah cinta...
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Sampai fikiranmumu. Sampai perhatianmu.Berjalan, duduk, dan tidurmu.
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah.

Tentangumat yg kau cintai.Lagi-lagi memang seperti itu... ^_^
Dakwah. Menyedut saripati tenagamu..
.Sampai tulang belulangmu.
Sampai daging terakhir yg menempel ditubuh rentamu.
Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. ..
Tubuh yanghancur lebur dipaksa berlari... :(
Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. .
Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah....

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz.
Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat dalam kerahmatan
Tidak ada lag iorang miskin yg meminta sedekah.
Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Terpanar membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja.

Tubuh yang segar bugar itu sampai lunyai.
Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal.
Adakah memang itu yang diharapkannya;
mati sebagaij iwa yang tenang.

Dan di diemukan akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasapun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legenda di sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani…

justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke manapun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah.

Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka...

Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeria!. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar.Tapi seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran.

Dan menjadi semacam tonik bagi iman..Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memperkayakan amalnay adalah mujahid yang telah berjaya. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah.

Karena tidak setiap saat mereka memproduksikan karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka menjadi tumpuan untuk didoakan mearisi para mujahid sejati,

“Ya Allah, berilah Kami petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh . Jasadnyadi koyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta…Mengajak kita untuk terus berlari…!

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

"Kalau iman dan syaitan terus bertempur. Pada akhirnya salah satunyaharus mengalah."

In memori As-Syahid Ibrahim Libya... 


sumber : http://u-jam.blogspot.com/2010/11/cinta-itu-dakwah-dan-megapa-dakwah-itu.html

SOAL JAWAB MENGENAI COUPLE….

KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR,
MINUM-MINUM  DI KAFE.ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA? 
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT
KE ARAH ITU.
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.
Iblis amat  berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang 
kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. 
Ingat,pesananmRasulullah :Janganlah engkau bersendirian dengan
seorang wanita kecuali yang ketiganya,syaitan (Tabrani) .Kita lemah 
menghadapi tipu daya Iblis.
TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG BERCINTA MENJURUS KEPADA  PENZINAAN.
ADA YANG BERCINTA DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS
SAHAJA. TIDAK PERNAHBERSUA MUKA PUN!
Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri
zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,
lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret 
kepada suatu pertemuan. 
Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan 
berlanjutan.  Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH? ITUPUN ZINA KE?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, 
ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat 
kekasih dengan perasaan berahi. 
Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang 
digambarkan  oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya 
adalah menyentuh.Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat 
pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). 
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. 
Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH KE?
BINCANG PELAJARAN SAHAJA!
*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam 
hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, 
kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. 
Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik 
pelajaran yangmulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah 
ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI STUDY GROUP.
*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam 
gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. 
Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...
betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain
tu...banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta! 

TIDAKLAH. SUNGGUH BERBINCANG PELAJARAN.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. 
Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY GROUP, SALING 
MEMBERI SEMANGAT DAN MOTIVASI.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah 
kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita.
Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. 
Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG YANG DIBENARKAN
DALAM ISLAM UNTUK BERCINTA?
ADAKAH ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin
memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu
tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri 
seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. 
Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan 
itu datang tanpa diundang. 
Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. 
Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan
kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab
kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. 
Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta 
antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai 
ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang
yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). 
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI
KEPADA PENZINAAN?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur 
pertemuan. 
Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,
dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, 
sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin
hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai 
kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang 
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk 
sekalipun!
MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI TETAP
SELAMAT  TIDAK SAMPAI BERZINA.
KAMI TAHAN DIUJI.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. 
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang 
ditegah takut manusia akan kecundang.

JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan 
manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan
Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang
lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. 
Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. 
Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta 
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai,
dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri 
perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. 
Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila
berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.
Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN BANYAK MASALAH. KITA TAK KENAL 
PASANGAN KITA SECARA DEKAT. 
BERCINTA ADALAH UNTUK MENGENAL HATI BUDI PASANGAN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN KAHWIN.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh 
dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan 
berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan
berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap 
lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa 
dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan 
jauh berbeza. 
Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, 
penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah 
kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa 
bercinta tidak boleh dipercayai.
Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. 
Kalau mahu mengetahui peribadi pasangan, itulah sebabnya Islam 
ada membuat pertunangan. Tetapi pertunangan juga ada batasan yang sama seperti sebelum kahwin. Syarat-syarat semasa dalam pertunangan juga sama ketika
sebelum berkahwin. Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan perkara-perkara 
yang haram antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu mengenali 
hati budi pasangan, adalah dicadangkan supaya pasangan tunang itu bertemu
sahaja di rumah pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga masing-masing.
Bukankah itu lebih baik? Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh mengenali 
sesama sendiri dengan lebih dekat lagi. 
PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI.  

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? 
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan.
Allah yang menganugerahkannya.  
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai
kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah 
melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. 
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun 
canggung, bagaimana kesudahannya?  
TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT, ABANG ANGKAT
BOLEH KE?  
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. 
Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. 
Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu
daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ni 
sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk 
dikorbankan. 
Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke,semuanya
adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. 

JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI?  
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.
Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak 
menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu 
terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah 
tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak 
menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan 
oleh Allah. 
ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG MARUAH?  
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah 
cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala
orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. 
Allah berfirman:  Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan 
dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang 
berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada 
orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3)   
Jadi,orang yang pernah bercinta juga tidak
sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. 
Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. 

JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK BERKAHWIN DENGAN 
ORANG YANG PERNAH BERCINTA JUGA?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah 
untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 
KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI  
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? 
Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang 
keemasan sahaja.
Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia
sering berulang sehingga menjadi pepatah.  
SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI YANG PENYAYANG 
DAN BERTANGGUNGJAWAB.  
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil 
seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- 
anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan
berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia 
suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki. 
JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH MARUAHNYA PADA 
PANDANGAN LELAKI?
(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand 
sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan 
perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.
Tapi ada orang yang boleh test drive. 
Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas
sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. 
Sedihkan. Itulah hakikatnya.     
MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK BERCINTA DI ZAMAN INI?  
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada 
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. 
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya 
(yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi 
mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35)  

BAGAIMANA KAMI?  
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. 
Berdoalah serta mohon keampunan dariNya.
Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. 
KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN.
TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA.  
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. 
Taubat yang memenuhi tiga syarat: 
1-Tinggalkan perbuatan maksiat. 
2-Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. 
3-Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang
menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan 
bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau 
suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul. 
Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar &
kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.  
Ya Allah.
Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.  
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . 
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. 
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. 
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . 
Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. 
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa. Amin , yarabbal alamin.
Moga Allah terima taubatmu. 
KITA BERPISAH KERANA ALLAH, KALAU ADA JODOH, TIDAK KEMANA!
P/S : PERINGATAN BUAT DIRI
INI DAN SAHABAT,
BUKAN NIAT UNTUK MENGGURIS HATI,
SEKADAR BERKONGSI. WALLAHU’ALAM.
Dari : Saffinatunnajah & Krew U-jam v3.0
sumber :
http://u-jam.blogspot.com/2010/12/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html

Followers

hope