Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Sunday, March 27, 2011

Tiga Pesanan Imam Ghazali


Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz berkata, zikir kepada Allah boleh diluahkan di dalam bahasa Melayu, dan tidak semestinya dilafazkan dalam bahasa Arab.

“Kita boleh merintih selalu dengan Allah, cakap seorang diri perlahan-lahan, mengadu dengan Allah tentang kelemahan diri dan beristighfar. Itu juga sudah dikira berzikir yakni mengingati Allah.” 

Untuk menjadi kita kuat dan hebat disisi Allah SWT, beliau mengingatkankan tentang tiga pesanan Iman Ghazali : 

Amalan mesti kukuh.Perkara berkaitan fardhu ain atau hokum syarak mesti difahami dan diamalkan sungguh-sungguh.
  
Banyak berzikir supaya hati sentiasa bersih dan dijauhkan daripada bisikan syaitan. 

Perbanyakkan berdoa kerana ia adalah sumber kekuatan keyakinan orang Mukmin kepada Allah SWT selepas berusaha dan berikhtiar.

Beliau berkata, antara punca orang menjadi gila isim kesan daripada banyak berzikir adalah tiada amalan asas fardhu ain yang kukuh, sebaliknya terus mengambil sesuatu zikir itu untuk diamalkan tanpa rujuk atau dipimpin oleh tuan-tuan guru yang muktabar.


No comments:

Post a Comment

Followers

hope