Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Saturday, March 12, 2011

Kasih Ibu....Kasih Ayah



Cerita ini sy dapat dari seorang senior… beliau telah mencerita kepada kami dimana sahabat beliau telah kehilangan kedua orang tua ketika sahabat ini sedang mengambil exam final..

Kisah nya bermula dimana sahabat ini sdang mngambil exam final… sejak  kebelakangn itu juga sahabat ini selalu bermimpikan ayah dan ibu beliau.. beliau rasa tidak sedap hati lalu call kampung..

Ayah dan ibu nya telah mengalami kemalangan ketika beliau sedang exam final…
Sewaktu sahabat ini call kampung, ayah dan ibu nya sudah tiada.. bila call, abg sahabat ini yang jawab..

Sahabat : mak dan ayah sihat??

Abang : sihat..mak tengah sibuk kat dapur…ayah lak de kat luar..

Ketika ini, pada wktu malam adalah kenduri utk arwah ayah dan ibu nya.. abang nya terpaksa berbohong pada sahabat ini di sebab kan sahabat ini sedang mengambil peperiksaan…jadi abang ni xnak menggaggu adik nya..

Sahabat ini tidak sedap hati dengan jawapan yang di berikan abang nya… dia tetap berkeras juga nak bercakap dgn ibu dan ayah nya, tapi apa kan daya, si abang tetap berbohong pada nya dan mengatakan ibu dan ayah sibuk dan mngatakan yang mereka sihat..

Sahabat ini terus kan juga mengambil peperiksaan dalam keadaan hati yang tidak tenang,kerana beliau kerap bermimpikan ibu dan ayah nya..

Pada malam last paper akhir, abang nya call..

Abang : aku akan masukkan duit dalam bank ko sekarang..and aku nak ko balik malam nie juga..

Sahabat : (terkejut) kenapa??

Abang : nanti ko akan tahu.. aku nak ko balik juga malam nie..

Sahabat : (memaksa) kenapa??cakap knpe ko nak aku balik malam nie juga?? Barang2 aku cam ne??

Abang : barang2 tu kemudian..aku nak ko balik malam nie..aku akan bank in duit tu petang nie..

Sahabat : ko bagitahu aku kenapa…

Abang : (dalm keterpaksa) mak dan ayah kita dah tak ada..

Sahabat yang mendengar berita itu terduduk lalu pengsan..senior dan sahabat yang lain terkejut dengan keadaan sahabat  ini..mereka berusaha mencari tiket kapal terbang utk sahabat ini…dua orang naik moto pergi cri di sekitar kedah, tapi semua nya sudah penuh.. 

Dan pada malam itu juga, dua buah kereta hantar sahabat ini pergi ke KLIA..di sana MAS juga dah full booking..nak di takdir kan Allah, de seorang lelaki ini hendak pergi ke Serawak terpaksa menjualkan tiket tersebut kerana adik nye sakit.. dia telah menjual kan kpada sahabat ini dengan harga seribu lebih…bayangkan, sepatut nya harga tiket tersebut hanya beratus, tp…..

Senior dan sahabat nye tidak boleh nak wat pe..mereka terpaksa mengeluarkan duit masing2 sbnyak rm300 seorg (kwan2 senior de 4 org).. yg sahabat ini hanya terdiam di sebabkan masih terkejut dgn apa yg bru di terima..

Akhir nya sahabat ini dapat pulang ke kampung nya..selamatnya sampai, yang dapat di lihat oleh sahabat ini hanya kubur sahaja..betapa sayu nya hati sahabat ini kerana kejadian ini berlaku seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.. ini adalah kali pertama sahabat sekeluarga terpaksa beraya tanpa org yang di sayangi..


p/s : ibu dan ayah adlah org yang paling barharga pada diri kita…jdi jagalah dia sebaik nya..

jika kita dduk berjauhan selalu menghubungi mereka utk bertanya kan khabar…klu xmampu utk hubungi tiap hari, sekali seminggu sudah memadai… kita xtau pe akan berlaku masa akan datang.. jd sekurang2 nya mnghubungi mereka sudah memadai walaupun xdpat balik tiap hri utk menatap wajah mereka…

sebenarnya mereka rindu pada kita..selalu ingat  kita..tapi apakah kita ingat pd nya…adkah kita tahu sama ada mereka sudah makan ke belum, sihat ke x, rindu kat kita ke x….
xkan kita nak tggu sesuatu yg bruk berlaku baru nak call…xkan de guna nya…menangis air mata darah sekali pun,klu benda dah jadi ttp akan terjadi..kita xleh lawan takdir Allah..

selalu lar berdoa utk nya…doa anak yang soleh adlah harapan mereka…krn ini adlah pahala yg berpanjangan jk mereka sudah tiada..

buat ayah SARO BIN HJ ABD RAHIM dan ibu ESAH BINTI MAT JUSUH, anak2 mu sangat menyayangi mu…tersangat-sangat sayang…maafkan lah kami…



1 comment:

  1. kasih ayah membawa bahagia...
    kasih ibu membawa ke syurga...
    ^_^

    ReplyDelete

Followers

hope