Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Monday, February 28, 2011

Maulidur Rasul 1432H/2011 UUM...!!!

Alhamdulillah….

Hari ini selesai juga majlis Maulidur Rasul  di UUM… Perasmian ini telah dirasmikan oleh Naib Cansoler, Datuk Mustapa Ishak.. Program ini telah di atur oleh pihak Pusat Islam UUM sendiri..

Turut hadir untuk memberi ceramah Maulidur Rasul ialah Dr. Danial Zainal Abidin..



Permulaan bagi program tersebut adalah nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna…

Selepas itu, majlis penyampaian sijil bagi setiap kontijen yang hadir untuk perarakan oleh NC sendiri. Setelah itu, majlis perarakan sambil berselawat dari Pusat Sukan sehingga Dewan MAS.










Setelah smpai di Dewan Mas, majlis dimulakan dengan selawat dari pelajar Tahfiz, Perak..

Ini adalah keadaan di dalam Dewan MAS :




Kemudian disambung dengan bacaan ayat al-Quran..setelah itu disambung lagi dengan persembahan pelajar Tahfiz tersebut.




Ini adalah antara persembahan lagu dari pelajar tersebut :







 


 


Setelah itu, ceramah Maulidur Rasul di sampaikan oleh Dr. Danial… 

Ceramah yang di sampaikan oleh beliau sangat baik seperti hendak mendengar sampai malam.. Tapi apa kan daya, masa yang diberikan hanya 2 jam or 2 jam 30 minit sahaja…




Semoga saya dan sahabat yang lain dapat mengambil iktibar dari program ini… Semoga dapat di pupuk rasa kasih dan sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.





Note : sentiasa lar berselawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Seperti sabda Baginda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku satu kali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali.”




28 FEB 2011

Friday, February 25, 2011

Sabar Dengan Ujian-Nya



hari nie, kejadian tersebut berulang kembali…perkara tersebut telah kembali ke ingatan aku…aku xtahu pe yang patut aku wat….aku tension utk berada dlam keadaan cmnie….

Ya Allah…

Jk sesungguh nye dia telah tercipta untk ku, Engkau berilah ku petunjuk...jika tidak, Engkau tlong hilang kan perasaan ini..aku sndri xsggup utk terima nye lagi…berat benar cobaan yang Engkau berikan ini walaupun ia tdk seberat cobaan yang Engkau berikan kpd hamba-Mu yg lain...

Sunday, February 13, 2011

kelahiran Mu disambut dgn penuh barakah...!


Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1432 H / 2011 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda SAW dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah SAW kepada kita.

Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin mengambil sedikit ruang untuk menceritakan dan ingin mengingatkan beberapa perkara yang mungkin ada di kalangan kita yang terlupa tentang Rasulullah SAW. Semoga tulisan ringkas ini mendapat manfaatnya. InsyaAllah.

Nabi Muhammad adalah nabi dan utusan ALLAH. Bagi orang ISLAM, apabila bertemu dgn perkataan "nabi muhammad' atau 'nabi', digalakkan berselawat....wallahu'alam....^_^

dalam surah al-ahzab ayat 56, ALLAH berfirman: 'sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-NYA berselawat kpd Nabi. Hai orang yg beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.'

Nabi Muhammad berkata, "sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

bacalah selawat, " Allahumma salli 'ala saidina Muahamad wa 'ala alihi wa ashabihi ajma'in.".....maksudnya "ya ALLAH, berikanlah pujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian para sahabat beliau."
BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).


MENTAATI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).


BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).


MENGASIHI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

 ~jom berselawat~ semoga kita mdapat syafaat baginda S.A.W.. di akhirat kelak..~ameenn~

salam maulidur rasul....^_^ wa salam mujahadah...

Tuesday, February 8, 2011

Hanya Allah Yang Tahu...

Assalamualaikum....

di sini sedikit khabar sedih yg ingin sy coret kan...ini tntang keadaan famly abg sy yg sulong...

hri nie sudh masuk 3 hri kakak ipar sy t'lantar di rumah sakit....knpe???

kakak sy dimasuk kan di wat kecemasan hospital Pekan,Pahang pd 6hb feb 2011...kereta yg di naikki nyer t'libat dlm stu kemalangan jlan rye di simpang paloh hinai...

sy tdk pasti mcm mne kjadian ini b'laku, tp sy dpt thu certa nye dr adik sy di pekan...kereta yg di pndu oleh abg t'babas masuk longkang utk mngelak kereta lain...mcm mne itu, sy kurang psti....

yg psti keadaan kereta abg mmg teruk....nk kte sgt, sy rse yek...tp abg n ank nyer (syakir) alhamdulillah ok...cuma keadaan kakak ipar belum pasti...

semoga Allah mnyembuh kan kak Anis...insyallah kak Anis akn pulih sperti sedia kala...
Amiinn....

ni keadaan kereta abg... :





semoga kak Anis cpat sembuh....semoga ank sdre sy ok2 aja n selamat....

Followers

hope