Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Wednesday, January 26, 2011

Wanita Solehah Zaman Rasulullah s.a.w.


1.      Asma’ binti Abu Bakar 



Pemilik Dua Ikat Pinggang
            Dia adalah Ummu’ Abdillah dari suku Quraisy At-Tamimiyyah, anak perempuan dari seorang lelaki yang pertama kali memeluk islam setelah Rasulullah s.a.w., salah seorang pemimpin Islam iaitu Abu Bakar As-Siddiq r.a. Ibunya adalah Qutailah binti AbdulUzza Al-‘Amiriyyah. Asma’ adalah ibu seorang sahabat dan pahlawan islam, ‘Abdullah bin Zubair. Usianya lebih tua 10 tahun daripada adiknya, Ummul Mukminin Aishah r.a. Dia adalah seorang muhajirahyang terakhir meninggal dunia.
            Asma’ adalah orang ke 18 yang memeluk. Dia telah berbai’at kepada Nabi s.a.w. dan mengimaninya dengan keimanan yang teguh. Dia antara bukti keteguhan iman nya adalah ketika ibunya Qutailah yang telah bercerke 18 yang memeluk. Dia telah berbai’at kepada Nabi s.a.w. dan mengimaninya dengan keimanan yang teguh. Dia antara bukti keteguhan imannya adalah ketika ibunya Qutailah yang telah diceraikan Abu Bakar pada zaman jahiliah, datang menjenguknya . Asma’ tidak mahu mengizinkan ibunya untuk masuk dan tidak bersedia menerima hadiah darinya sebelum dia bertanyakan perkara tersebut terlebih dahulu kepada Rasulullah s.a.w.  Dalam Sahih Bukhari dan SahihMuslim disebutkan sebuah riwayat dari Asma’ binti Abu Bakar r.a., bahawa dia berkata, : “Ibuku pernah pergi kepadaku pada zaman Rasulullah s.a.w., sedangkan ibuku adalah seorangmusyrik. Aku pun pergi bertanyakan perkara itu kepada Rasulullah s.a.w. Sesampainya disana aku bertanya : ‘Ibuku telah datang kepadaku denagn penuh gembira kepadaku. Adakah aku harus menyambung silaturrahim dengannya?’ Beliau menjawab : ‘ Ya, sambunglah silaturrahim dengan ibumu.’”
            Asma’ dipanggil dzaatun nithooqoiin (sang pemilik dua ikat piggang) kerana dia telah memotong pengikat pinggangnya menjadi dua bahagian untuk membawa dan menyembunyikan makanan dan minuman yang akan dihantarnya kepada Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar ke gua pada hari berhijrah. Ketika Rasulullah s.a.w. mengetahui apa yang dilakukan Asma’ terhadap pengikat pinggangnya, beliau memberinya gelaran dzaatun nithooqoiin.
            Ketika Rasulullah s.a.w. bersama Abu Bakar hendak b erangkat hijrah dari Mekah ke Madinah, Abu Bakar membawa semua harta sejumlah kurang lebih 5,000 atau 6,000 dirham. Abu Quhafah, datuk Asma’, yang ketika itu telah buta kedua matanya datang kepada Asma’ lalu berkata : “Sesungguhnya Abu Bakar telah menyusahkan kamu semua dengan pemergiannya dan tidak meninggalkan hartanya untuk kamu semuja. “ Sebagai gadis yang suci dan berani, Asma’ terus menjawab : “Tidak, dia telah meninggalkan untuk kami harta yang banyak.” Asma’ pun mengambil beberapa kerikil dan memasukkannya ke tempat penyimpanan wang, lalu ditutupinya dengan kain, kemudian diletakkannya tangan datuknya pada kain tersebut sambil berkata : “Inilah harta yang ditinggalkannya untuk kami.” Datuknya berkata : “Baguslah jika dia meninggalkannya untuk kamu semua.” Tindakan tersebut dilakukan Asma’ semata-mata untuk menenangkan dan menghilangkan kekhuatiran datuknya yang sudah tua kerana ditinggalkan Abu Bakar.
            Asma’ pernah merasakan penyeksaan dari musuh Allah, Abu Jahal yang datang kepadanya untuk merayu agar bersedia menunjukkan persembunyian ayahnya. Walaupun Asma’ ketika itu berusia belia, dia sudah dapat memahami bahawa kata-kata yang keluar dari mulutnya boleh membahayakan keselamatan Rasulullah s.a.w. dan ayahny, maka dia memilih menutup mulut. Kalimat yang keluar dari mulutnya tidak lebih dari jawapan, “ Aku tidak tahu.” Perkara ini membuat Abu Jahal marah, lalu menempelengnya dengan kuat sehingga anting-antingnya tercampak dari telinganya. Akhirnya, Abu Jahal meninggalkannya dengan muka merah padam kerana marah dengan sikap keras kepala Asma’.
            Demikianlah tindakan para pengecut pada setiap zaman. Ketika mereka tidak mampu melumpuhkan golongan lelaki, mereka melampiaskan kekejiannya kepada golongan wanita dan kanak-kanak.
            Tidak lama di Mekah, Asma’ pun berhijrah ke Madinah menyusul orang muslim yang sudah lebih dahulu berangkat. Di madinah Asma’ melahirkan anaknya, Abdullah yang merupakan anak pertama yang lahir dalam Islam (setelah berhijrahnya orang muslim ke Madinah).
            Asma’ merupakan wanita teladan yang baik dalam kesabaran menghadapi kesukaran hidup, kekurangan makanan, taat kepada suami dan selalu berusaha mencari keredhaan-Nya.
            Dalam hadis Sahih disebutkan bahawa Asma’ binti Abu Bakar berkata : “Aku dinikahi Zubair, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa selain seekor kudanya. Akulah yang menjaga kuda itu, memberinya makan dan menumbuk kurma untuk dijadikan makanan baginya. Akulah yang biasa mengambil air dan membuat roti. Aku juga biasa mengangkut kurma di atas kepalaku dari kebun Zubair yng diberi Rasulullah s.a.w. yang jaraknya sejauh 2/3 farsakh (1 farsakh krang lebih = 8km-pent.). Pada suatu hari, ketika aku sedang membawa kurm a di atas kepala, aku bertemu Rasulullah s.a.w. bersama beberapa ornag sahabat beliau. Beliau memanggilku dan bermaksud menumpangkanku di belakang beliau. Akan tetapi, aku malu berjalan bersama lelaki dan aku teringat dengan Zubair (suamiku) yang cemburu. Akhirnya, beliau pun berlalu. Setibanya di rumah ku ceritakan semua kejadian itu kepada Zubair, lalu Zubair berkata : “Demi Allah, sesungguhnya kepayahanmu mengangkut biji-biji kurma itu lebih ku cemburui daripada kamu naik kenderaan bersama beliau.” Asma’ berkata : “Semua kepayahanku itu baru berakhir sesudah Abu Bakar (ayahku) menghantar seoarang pembantu kepadaku sehingga aku tidak lagi menguruskan kuda sehingga seakan-akan beliau telah memerdekakanku.”
            Kesabaran Asma’ dalam menjalani kehidupan sukar ini membuahkan nikmat ketika Allah mengurniakan kepadanya dan suaminya rezeki yang melimpah. Akan tetapi, kekayaan itu tidak membuatnya sombong dan lupa diri, bahkan dia sangat pemurah dan tidak mahu menyimpan kekayaannya untuk hari esok. Setiap kali dia sakit, dia menunggu sehingga sembuh, kemudian dia pun membebaskan hamba-hambanya. Dia sering berkata kepada anak-anaknya dan keluarganya : “Infakkan dan sedekahkan dan jangan menunggu sehingga ada kelebihan harta (baru bersedekah).”
            Asma’ adalah seorang wanita berani dan tidak takut celaan orang yang mencela selagi dia berada di jalan yang benar. Dia pernah turut serta dalam medan perang Yarmuk dan berperang layaknya seorang pahlawan. Ketia berlaku kekacauan dan krisis keamanan di Madinah pada zaman pemerintahan Sa’id bin Al-Ashi, dia selalu membawa belati yang disembunyikan di pinggangnya. Ketika ditanya orang apa yang akan dilakukannya dengan pisau belati itu. Dia menjawab : “Apabila ada pencuri datang kepadaku, akan kurobek perutnya (dengan belati ini).”
            Bukti teguhnya kemahuan Asma’ r.a. dalam memegang prinsip kebenaran dan menjaga kehormatan diri boleh kita ketahui dari ucapannya kepada anaknya, ‘Abdullah bin Zubair, ketika anaknya ini meminta pendapatnya tentang Hajjaj yang mengepung Mekah. Ketika itu fizikalnya sudah sangat lemah, matanya buta dan usianya menghampiri 100 tahun. ‘Abdullah bin Zubair berkata kepada ibunya : “Wahai ibu, orang telah mengkhianatiku, bahkan sehingga isteri dan anakku. Tidak ada yang tinggal kecuali hanya sedikit orang. Mereka pun agaknya sudah tidak tahan untuk boleh bersabar lebih lama lagi. Sementara Hajjaj dan pasukannya menawarkan kesenangan dunia apa sahaja yang ku mahu, asalkan aku mahu tnduk kepada mereka. Bagaimana pendapat ibu?”
            Pada umumnya golongan ibu apabila dihadapkan dengan cubaan berat seperti ini, mereka pasti akan merasa hiba namun Asma’ mampu mengalahkan rasa kasihan demi menjaga kemuliaan dan harga diri. Dengan tegas dia menjawab : “Demi Allah, wahai anakku, kau lebih tahu tentang dirimu. Jika kamu mengetahui bahawa kamu berada pada jalan yang benar dan kamu memang menyeru kepadanya, teruskanlah langkahmu. Sahabat-sahabatmu pun telah terbunuh kerana mempertahankan kebenaran itu. Janganlah sekali-kali kamu dipermainkan oleh hamba-hamba Bani Umayyah. Sebaliknya, jika kamu inginkan dunia, kamu adalah seburuk-buruk hamba yang mencelakan dirimu sendiri dan orang yang berjihad bersamamu.”
            ‘Abdullah bin Zubair berkata : “Demi Allah, aku pun berpendapat seperti itu, wahai ibu! Hanya aku khuatir orang Syam itu akan mengerat dan menyalib tubuhku apabila aku terbunuh.” Ibunya menjawab : “Wahai anakku, sesungguhnya kambing tidak merasa sakit ketika disiat kulitnya setelah disembelih. Teruskan langkahmu dan mintalah pertolongan kepada Allah!”
            Ketika ibunya mndekati untuk memeluk dan mengucapkan slamat berpisah, tangannya menyentuh baju besi yang dipakai ‘Abdullah. Dia lalu berkata : “Apa ini wahai ‘Abdullah? Orang yang memakai ini hanyalah mereka yan inginkan sesuatu yang tidak kamu inginkan!!” Dia pun segera membuka baju besinya dan keluar untuk berperang dengan gagah berani sehingga terbunuh. Hajjaj pun memerintahkan agar jenazah ‘Abdullah bin Zubair disalib. Hajjaj pergi kepada Asma’ dan berkata : “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin memberi pesan kepadaku untuk bertanyakan adakah kamu memerlukan sesuatu.” Asma’ menjawab : “Aku bukan ibumu, tetapi ibu orang yang disalib di atas batang kayu tin itu. Aku tidak perlu apa pun darimu, tetapi aku katakana kepadamu bahawa aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Nanti akan muncul di Tsaqif seorang pembohong besar itu, kami sudah mengetahuinya, - maksud Al-Mukhtar (bin Abi ‘Ubaid At-Thaqafi) sedangkan seorang yang amat zalim itu ternyata kamu.”
            Dalam sebahagian riwayat disebutkan bahawa, Hajjaj perkata kepada Asma’ dengan angkuh : “Bagaimana pendapatmu terhadapku tentang apa yang ku lakukan terhadap anakmu, wahai Asma’?” Dengan tenang Asma’ menjawab : “Kamu telah memporak-porandakan dunianya, sedangkan dia telah memporak-porandakan akhiratmu.”
            Menurut Ibnu Sa’d, Asma’ meninggal dunia di Mekah beberapa hari setelah terbunuhnya ‘Abdullah. ‘Abdullah bin Zubair terbunuh pada tanggal 17 Jamadil Awal tahun ke-73 Hijriah. Walaupun usia Asma’ hampir mencapai 10-0 tahun tidak ada satu pun giginya yang tanggal dan fikirannya pun masih normal.
            Semoga Allah merahmati Asma’, sang “pmilik dua  ikat pinggang”. Dia telah menjadi contoh wanita yang teguh dalam kebenaran dan wanita teladan yang terpuji.


No comments:

Post a Comment

Followers

hope