Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Wednesday, January 26, 2011

sambungan...Wanita Solehah Zaman Rasulullah s.a.w.


1.        SUMAYYAH BINTI KHAYYATH

Syahidah Pertama Dalam Islam
            Dia adalah Sumayyah binti Khayyath, matan hamba Abu Hudzifah bin Al-Mughirah. Dia dinikahi Yasir, seorang pendatang di kota Mekah sebagai orang asing, kemudian menetap di sana. Yasir tidak mempunyai kabilah yang boleh membela dan melindunginya dari orang yang menzaliminya. Oleh itu Yasir meminta pertolongan Bani Makhzum dan hidup di bawah perlindungan Abu Hudzifah yang kemudiannya menikahkannya dengan hambanya yang bernama Sumayyah. Keduanya hidup rukun dan saling mencintai.
            Belum begitu lama berumah tangga, Sumayyah dan Yasir dikurniakan dua orang anak, Ammar dan Ubaidillah.
            Ketika Amar sudah dewasa, dia mendengar ada agama baru yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abdullah. Ammar pun mula memikirkan perkara yang juga sedang banyak difikirkan oleh para penduduk Mekah lainnya. Pemikirannya yang cemerlang dan kesucian fitrahnya membimbingnya pada kesedaran untuk memeluk agama Islam.
            Setelah menjadi seorang muslim dan imannya sudah kuat, Ammar datang menemui kedua orang tuanya. Dia menceritakan apa yang berlaku pada dirinya dan menjelaskan ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. serta mengajak mereka untuk memeluk agama baru tersebut. Ternyata kedua orang tuanya menyambut seruan yang penuh barakah itu, bahkan mereka sengaja mengumumkan keislamannya secara terang-terangan. Sumayyah merupakan orang ke-7 di kalangan mereka yang pertama kali memeluk Islam.
            Dari sinilah bermula perjalanan sejarah agung bagi Sumayyah dan babak baru dakwah islamiah.
            Bani Makhzum akhirnya mengetahui keislaman mereka. Ammar dan keluarganya memang tidak menafikan keislaman mereka, bahkan mereka menyatakan secra terang-terangan. Mereka pun akhirnya dianggap sebagai musuh dan menentang orang kafir ketika itu.
            Sejak ketika itu bermulalah Bani Makhzum menyeksa mereka dengan berbagai bentuk penyeksaan paling kejam agar mereka meninggalkan agama Islam. Mereka dibawa ke tengah padang pasir pada ketika matahari sedang terik. Sumayyah dilemparkan, lalu ditimbun dengan pasir yang sangat panas. Mereka juga meletakkan batu besar di atas dadanya agar dia tidak boleh bergerak. Namun demikian, tidak terdengar sedikit pun rintihan dan erangan dari mulutya selain kata-kata : “Ahad!...Ahad!...” Sumayyah terus mengulang kata-kata itu sebagaimana yang dilakukan Yasir, Ammar dan Bilal.
            Suatu hari Rasulullah s.a.w. lalu dan melihat keluarga muslim itu sedang di seksa dengan seksaan yang hampir tidak dapat ditanggung lagi. Rasulullah s.a.w. pun mendongakkan pandangannya ke langit sambil berseru :
“Bersabarlah wahai keluarga Yasir kerana balasan yang dijanjikan untuk kamu semua adalah syurga”

            Mendengar ucapan Rasulullah s.a.w, Sumayyah terus tegar dalam kemliaan dan kebanggaannya sebagai seorang mukminah berseru : “Aku bersaksi bahawa kamu adalah utusan Allah dan aku bersaksi bahawa janjimu benar.”
            Demikianlah, Sumayyah adalah seorang wanita yang sudah mampu merasakan manisnya iman, sehingga baginya mati dalam mempertahankan akidah adalah perkara yang dianggapnya ringan. Keinginannya bertemu dengan Tuhannya s.w.t. menjadikannya menganggap mudah segala jenis seksaan dari para thaghut zalim yang tidak pernah dapat menemui cara untuk mencabut iman dan akidahnya walaupun hanya sehujung rambut. Kematian tidak membuatnya gelisah kerana dia akan mendapat balasan sesuai dengan yang dijanjikan Rasulullah s.a.w.
            Ketika para thaghut itu telah berputus asa dan merasa tidak mungkin lagi mengharapkan kalimat kufur keluar dari bibir Sumayyah, musuh Allah, Abu Jahal pun berdiri dan menghunjamkan tombak ke tubuh Sumayyah, sehingga terlepaslah roh mukminah yang suci ini menghadap Tuhannya. Sumayyah mati syahid dan merupakan seorang syahidah pertama dalam Islam.
            Sumayyah binti Khayyath meniggal dunia setelah memberikan teladan yang mulia dalam kepahlawanan dan keimanan kepada kita. Dia rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya. Kematian dalam mempertahankan agama Allah terasa indah baginya. Dia rela mengorbankan jiwanyan demi mendapatkan keredhaan Tuhannya.

1 comment:

  1. semoga aku mnjadi seperti beliau...
    insyallah...
    amiin..

    ReplyDelete

Followers

hope