Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Tuesday, November 30, 2010

WaniTa IdaMan LelaKi...!!


wanita..idaman lelaki
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah

wanita idaman lelaki ialah…yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

wanita idaman lelaki ialah…wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

wanita idaman lelaki…yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

wanita idaman lelaki ialah…tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

wanita idaman lelaki…..sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

wanita idaman lelaki….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
dialah wanita idaman lelaki…..

jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sekiranya aye dapat memiliki hatinya..


-----------------
Islam Is The Way Of Life,
Belilah Keredhaan Allah swt walaupun terpaksa menjual kebencian manusia....
Mardhatillah in our life....

LelaKi AcUan Al-QuRaN..!!



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang
Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti rasa Taqwa
Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan
Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki
Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang
Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia
Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana
Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki
Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua
Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian
Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan
Isteri Mendalami Agama Islam Yang
Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa
Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan
berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah
Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat
Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat
Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya
Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan
Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah
Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa
Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah
Ladang Akhirat

Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu
Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

If I Fall In Love...!!!

...Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah
jika saya jatuh cinta,
cintakanlah saya pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika saya jatuh hati,
izinkanlah saya menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika saya jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,
jika saya rindu ,
rindukanlah saya pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,
jika saya menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah ,
jika saya jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan saya
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah
jika Kau halalkan saya merindui kekasihMu,
jangan biarkan saya melampaui batas
sehingga melupakan saya
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu....

...Amin Ya Rabbal 'Aalamiin...

Sunday, November 28, 2010

Saturday, November 27, 2010

Bismillah,. Sm0ga kte bjaya di Dunia & Akhirat,.

Ini lar tempat belajar ku selapas Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan iaitu Universiti Utara Malaysia...

Disini aku mengambil jurusan Kewangan selama 3 tahun....
insyallah..semoga Allah permudahkannya...


 Universiti Utara Malaysia





UUM - main gate at night






Dewan Muadzam Shah (MAS)
 
 
 
 
 
suasana di dalam Dewan MAS...





UUM landscape







Masjid Sultan Badlishah...






Majlis Permasyuran Masjid Bukit Kachi UUM





UUM go-cart track..












Padang UUM






UUM golf range









UUM - Taman Rusa...

















UUM landscape - Taman Botani..






UUM landscape - rain forest





lake guthrie




Pada 04/11/2010, hujan turun tanpa henti selama sehari.. Akibat daripad itu, negeri Kedah telah mengalami banjir.. UUM pun turut serta 'main air'...hehe...








Akibat kejadian ini, peperiksaan akhir semesta di tangguhkan selepas cuti raya haji yang bermula 21/11/2010 sehingga 13/12/2010...

Sekarang (03/11/2010) exam final dh bermula.. semua warga UUM sedang mengulangkaji pelajaran untuk exam ni termasuk aku...hehe..

Doa kan semoga aku dan rakan-rakan yang lain dapat menjawab exam dengan cemerlangnya..insyallah...amiin.... :-)



Followers

hope