Selamat Datang Ke Blog MUJAHIDAH SOLEHAH......Semoga kita menjadi hamba-Nya yang Soleh & Solehah...aamiin......dari:- Sumaiyah_Mai ^_^

Thursday, December 2, 2010

Permulaan Yang Baru..!!

Alhamdulillah....blog ini telah berjaya di terbitkan atas pertolongan seorang sahabat yg sangat baik hati..
terima kasih beliau kerana sudi membantu saya...


blog ini mungkin akan amat bermakna jika ramai yang sudi berkongsi ilmu kerana sesungguh nya ilmu Allah itu sangat luas...


Terima Kasih tak terhingga kepada sesiapa yang sudi melawat, melihat dan memberi komen di dalam blog saya ini...







Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah...amiin...insyallah... :-)

Wednesday, December 1, 2010

Bagaimana Bercinta Cara Islam???

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah.  Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri.  Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu “Jodoh”.




Masyarakat Sudah Lari...!!
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.






Konsep Meminang..!!
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang.

Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. “Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri.

Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.






"Perigi Cari Timba...!"

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.






Indahnya Cara Islam..!!!

 
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

“Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku “Tentang Cinta









Tuesday, November 30, 2010

WaniTa IdaMan LelaKi...!!


wanita..idaman lelaki
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah

wanita idaman lelaki ialah…yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

wanita idaman lelaki ialah…wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

wanita idaman lelaki…yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

wanita idaman lelaki ialah…tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

wanita idaman lelaki…..sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

wanita idaman lelaki….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
dialah wanita idaman lelaki…..

jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sekiranya aye dapat memiliki hatinya..


-----------------
Islam Is The Way Of Life,
Belilah Keredhaan Allah swt walaupun terpaksa menjual kebencian manusia....
Mardhatillah in our life....

LelaKi AcUan Al-QuRaN..!!



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang
Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti rasa Taqwa
Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan
Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki
Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang
Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia
Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana
Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki
Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua
Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian
Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan
Isteri Mendalami Agama Islam Yang
Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa
Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan
berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah
Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat
Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat
Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya
Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan
Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah
Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa
Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah
Ladang Akhirat

Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu
Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

If I Fall In Love...!!!

...Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah
jika saya jatuh cinta,
cintakanlah saya pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika saya jatuh hati,
izinkanlah saya menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika saya jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,
jika saya rindu ,
rindukanlah saya pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,
jika saya menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah ,
jika saya jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan saya
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah
jika Kau halalkan saya merindui kekasihMu,
jangan biarkan saya melampaui batas
sehingga melupakan saya
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu....

...Amin Ya Rabbal 'Aalamiin...

Sunday, November 28, 2010

Saturday, November 27, 2010

Bismillah,. Sm0ga kte bjaya di Dunia & Akhirat,.

Ini lar tempat belajar ku selapas Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan iaitu Universiti Utara Malaysia...

Disini aku mengambil jurusan Kewangan selama 3 tahun....
insyallah..semoga Allah permudahkannya...


 Universiti Utara Malaysia





UUM - main gate at night






Dewan Muadzam Shah (MAS)
 
 
 
 
 
suasana di dalam Dewan MAS...





UUM landscape







Masjid Sultan Badlishah...






Majlis Permasyuran Masjid Bukit Kachi UUM





UUM go-cart track..












Padang UUM






UUM golf range









UUM - Taman Rusa...

















UUM landscape - Taman Botani..






UUM landscape - rain forest





lake guthrie




Pada 04/11/2010, hujan turun tanpa henti selama sehari.. Akibat daripad itu, negeri Kedah telah mengalami banjir.. UUM pun turut serta 'main air'...hehe...








Akibat kejadian ini, peperiksaan akhir semesta di tangguhkan selepas cuti raya haji yang bermula 21/11/2010 sehingga 13/12/2010...

Sekarang (03/11/2010) exam final dh bermula.. semua warga UUM sedang mengulangkaji pelajaran untuk exam ni termasuk aku...hehe..

Doa kan semoga aku dan rakan-rakan yang lain dapat menjawab exam dengan cemerlangnya..insyallah...amiin.... :-)



Followers

hope